kehidupan itu life
Thursday, March 3, 2011
Friday, February 18, 2011
Doa Kitakah Yang Dimakbulkan Allah?
Dikisahkan terdapat dua orang adik beradik lelaki. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba Allah yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang agak pandai dan lebih berketerampilan dari adiknya. Saban hari dia berdoa agar Allah mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada Allah agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada Allah agar dirinya juga kaya raya dan nampak hebat di mata orang.
Si adik pula, tidak begitu pandai. Dia amat lambat dalam banyak hal. Untuk berdoa pun dia menyalin terlebih dahulu di kertas dan doa itulah yang dibaca setiap kali menunaikan sembahyang.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan si abang. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya membina kehidupannya sendiri.
Si abang akhirnya kaya raya, malah bertambah kaya apabila dia memasuki bidang bisnes. Dia sudah mula alpa dengan Allah, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada Allah. Kalau masuk dalam bab perniagaan dan kekayaan dunia, maka bersungguh-sungguh dia memohon doa ke hadrat Allah. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia sungguh istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan akademik yang tidak begitu baik, dia hanya mendapat kerja sederhana, dan terus menetap dan menjaga rumah pusaka. Si adik, walau bagaimana pun dia masih rajin beribadat dan kerap berdoa. Dia masih juga melihat kertas bila berdoa.
Si abang tahu, adiknya rajin berdoa. Tapi si abang memerhatikan hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas di satu hari, ketika si abang menziarahi adiknya, si abang berkata dengan sombong:
“ Aku tengok hidup kau ni tidak pernah berubah. Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, semua doa aku Allah makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas mana nak khusyuk. Tak cukup hebat” tutur abang dengan sedikit lagak.
Adik tersenyum sahaja. Dia suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan beradoa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, adik meninggal dunia. Ketika abang mengemas rumah pusaka, dia terjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Setelah membuka dan menatap isi kandungan kertas itu, air mata si abang gugur satu persatu. Dia merasa begitu hiba bila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abangku”
Ya Allah…
Si abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan Allah SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah malahan tidak meminta apa-apa pun untuk dirinya.
Dia hanya memohon agar segala doa abangnya dimakbulkan. Sedangkan dia sebagai abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan si adik.
Si abang mula menyedari, rupanya,bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh Allah, lantas segala doanya menjadi makbul.
Thursday, December 23, 2010
apa itu 'NATAL' ?
seperti tajuk diatas,
kita sedia maklum sambutan Christmas akan tiba x lama lagi,
dimana saja pasti ada jualan murah semperna sambutan Christmas nie
contoh kes
dan kita sedia maklum, santa claus agak sinonim dengan sambutan perayaan nie
rata2 company/syarikat/kedai buat sale sane sini,
untuk menambahkan daya tarikan tersebut, para pekerja mereka diberi topi berupa topi
santa
tetapi, apakah hukum nya pada umat islam yang memakai nyer??
------------------------------------------------------------------------------------
sebahagian ayat2 Al-Quran dan petikan Hadis
"Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)
"Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dlm golongan tersebut" - hadis.
Daripada Surah al-Kafirun (109) ayat 1-6, maksudnya: "Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. Dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. Dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami."
Daripada Surah Luqman (31), ayat 13 - sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
sedikit penjelasan,
kita dilarang mencontohi/mengambil cara/sambutan perayaan orang kafir dalam hidup kita, walaupun ucapan (wish/greeting) selamat dan sebagainya
bertukar2 hadiah? pun termasuk dalam hal ini, hukum nye haram
kenape?
Adapun sebenarnya, merayakan perayaan kaum kuffar adalah sama saja seperti kita ini merestui/menyokong/meraikan perbuatan mereka yang kafir dan mensyirikkan Allah. Adalah meraikan & mengucapkan tahniah (wish) atas perayaan mereka, adalah termasuk ke dalam perbuatan menyekutukan Allah. Ini kerana, perayaan-perayaan yang dilakukan (dirayakan) oleh orang-orang kafir itu adalah bagi tujuan meraikan agama mereka dan bertitik tolak kepada persoalan aqidah. Sebagai contoh, perayaan krismas (oleh kaum nasara/kristian) yang mana mereka menganggap bahawa Isa (Jesus sebagai anak tuhan) dan perayaan krismas (hari natal) adalah sebagai suatu tarikh untuk mereka meraikan kelahiran Jesus christ sebagai anak tuhan. Apakah kita sebagai muslim (yang bersih aqidahnya dari semua itu) mahu meraikan sama?
Ibnul Qayyim berkata, “Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”, atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”.
bemberi tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahni’ah atas hari-hari raya mereka atau syi’ar-syi’ar mereka adalah haram hukumnya dan sangat dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran. (Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan, Kitab at-Tauhid, jil. 1 di bawah tajuk al-Wala’ wal Bara’)
--------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan nya...
kita dilarang meniru cara mereka @ menyambut perayaan mereka dengan cara mereka,
secara tidak langsung akan jatuh kufur & shirik kepada ALLAH tanpa kita sedari
dan kalau kita ambil contoh hadis ini
"Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dlm golongan tersebut" - hadis.
amat jelas la, meniru sesuatu budaya/cara sesuatu kaum yang tak elok itu adalah salah (pemakaian,perundangan, gaya hidup dan sebagai nya)
Soalan lazim,
saya ade sedara, adik beradik bukan muslim, atau ibubapa saya atau saudara saya bukan muslim, adakah saya dilarang datang ke majlis sambutan seperti itu?
jawapan
sebagai umat islam, kita digalakkan untuk mengeratkan silaturrahim antara sesame manusia (saudara,jiran kawan2 dan sewaktu dengan nya)
tapi jauhkan diri dari upacara keagaaman mereka (dari turut serta)
Tuesday, December 21, 2010
Pernikahan
1. Takrif Nikah :
i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.2. Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )
3. Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak adalah seperti berikut :
- Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 ) - Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim ) - Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.4. Hukum berkahwin itu ada empat :
1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.5. Rukun-rukun nikah :
1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang adil
4. Dua orang saksi yang adil
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)6. Syarat-syarat lelaki bakal suami :
1. Beragama Islam
2. Tidak berihram haji atau umrah
3. Lelaki tertentu
4. Belum mempunyai empat isteri
5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)7. Syarat-syarat perempuan bakal isteri :
1. Beragama Islam.
2. Perempuan yang tertentu.
3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5. Tidak berihram haji atau umrah.8. Syarat-syarat wali :
1. Beragama Islam.
2. Seorang lelaki.
3. Baligh.
4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
6. Orang yang adil ( tidak fasiq ).
7. Seorang yang sempurna akalnya.9. Syarat-syarat saksi :
1. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
2. Beragama Islam.
3. Berakal
4. Baligh
5. Lelaki.
6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur). 7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul.
8. Orang yang adil (tidak fasiq)10. Sighah Ijab:
1. Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa jua bahasa.
2. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.
Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".
Sighah Qabul : Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang.
Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .
11. Tanggungjawab suami kepada isteri :
1. Pemberian maskahwin.
2. Pemberian nafkah.
3. Berkelakuan baik.
4. Memberi bimbingan.
5. Menjaga kehormatan isteri.
6. Memberi layanan zahir dan batin.
7. Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.12. Tanggungjawab isteri kepada suami :
1. Wajib taat kepada suaminya.
2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya.
3. Wajib menjaga kehormatan dirinya.
4. Wajib menjaga rumahtangganya.
5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.13. Tanggungjawab bersama suami dan isteri :
1. Halal pergaulan sebagai suami-isteri.
2. Suci benih keturunan.
3. Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya.
4. Sah taraf anak (keturunan) kepada suami.
5. Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.
6. Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.
7. Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.
Monday, December 20, 2010
Kisah Teladan : Jgn Lupa Nikmat Allah & Hargai pemberian org tua
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...
Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anakterkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan... dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya....
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguamayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikansegala yg berkaitan perwarisan harta...
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...
Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...didalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...
Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??
Buat renungan kiter semua
Kisah Bilal bin Rabah
Dalam sejarah Islam, nama Bilal bin Rabah sudah tidak asing lagi, beliau muazin dan sekali gus sahabat Rasulullah s.a.w. yang sangat setia. Beliau adalah pejuang Islam yang sama-sama meruntuhkan berhala yang dipuja oleh kaum Quraisy di Mekah.
Bilal telah dianggap sebagai contoh seorang Islam yang sanggup menempuh pelbagai penyeksaan oleh puak kafir.
Suatu ketika Bilal telah dibogelkan dan dibaringkan atas bara api dengan tujuan supaya dia meninggalkan agama Islam, namun beliau tetap menolak.
Pada suatu hari ketika padang pasir ibarat neraka jahanam kerana kepanasannya, Bilal dibawa keluar dari kota Mekah dan dihumbankan di tengah-tengah padang pasir.
Kemudian beberapa lelaki mengangkat batu besar dan meletakkannya di atas tubuh Bilal.
Mereka mengulangi seksaan ke atas Bilal itu setiap hari dan memberitahunya bahawa penyeksaan itu akan berakhir jika beliau sedia melafazkan perkataan yang baik untuk tuhan-tuhan mereka.
Namun Bilal tetap dengan pendiriannya yang teguh dan terus melafazkan ``Ahad, ahad, ahad ...! (Allah Maha Esa, Allah Maha Esa, Allah Maha Esa!).''
Para kaum kafir Quraisy Mekah itu pun berteriak, bahkan seakan-akan hendak memohon kepadanya, ``Sebutlah Lata dan `Uzza!'' Dua nama ini adalah dua berhala paling besar yang dijadikan oleh kafir Quraisy sebagai pemimpin berhala-berhala lain yang lebih kecil.
Tetapi, jawapan Bilal bin Rabah tidak pernah berubah daripada: Ahad, ahad, ahad ...!
``Sebutlah apa yang kami sebut!'' Mereka meminta kepada Bilal.
Namun, dengan ejekan pahit dan penghinaan yang menakjubkan Bilal menjawab, ``Lidahku tak dapat mengucapkannya ...''
Tinggallah Bilal dalam deraan panas dan tindihan batu, hingga ketika hari petang mereka tegakkan badannya dan ikatkan tali pada lehernya. Lalu, mereka mengaraknya keliling bukit-bukit dan jalan-jalan Kota Mekah, sementara Bilal tiada lekang kedua bibirnya melagukan senandung sucinya: ``Ahad, ahad, ahad...!''
Itulah perjuangan seorang Bilal bin Rabah untuk mempertahankan akidahnya. Walaupun nyawa menjadi taruhan, keteguhan iman seorang insan bernama Bilal tidak tergugat.
Demikianlah teguhnya pendirian Bilal bukan sahaja demi mempertahankan akidahnya tetapi kepentingan Islam seluruhnya.
Tetapi malangnya pada zaman ini, sikap yang ditunjukkan oleh Bilal tidak dicontohi oleh sebahagian daripada kita.
Puak-puak musuh Islam dengan sewenang-wenangnya mampu menjadikan seorang Islam untuk menyokong mereka melalui pelbagai tawaran bagi kesenangan di dunia.
Kesudahannya banyaklah perjuangan Islam yang musnah kerana semata-mata terdapat di antara kita yang lebih rela mengorbankan agamanya demi mencapai kebahagiaan di dunia.
Justeru peristiwa yang terjadi kepada Bilal ini harus dijadikan pengajaran bahawa musuh Islam tidak akan pernah berhenti daripada matlamat mereka untuk memusnahkan Islam dan cita-cita mereka itu hanya akan tercapai jika ada di antara kita yang menjadi pembelot.
p/s:betapa kuatnya iman orang2 terdahulu yerk..
Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.