Tuesday, October 19, 2010

Konspirasi Dunia- Rahsia Vatican



Seperti mana yang kita maklum, Dajal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama
menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah.
Dan contoh yang paling mudah dan nyata adalah agama Kristian yang telah dijadikan
sebagai agama pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal Nabi Isa telah
dirosakkan dan diselewengkan oleh 'tangan ghaib' dan agama Kristian sekarang
BUKANLAH ajaran asal Nabi Isa a.s. Hanya Al-Quran masih terpelihara kebenaran
dan keasliannya tetapi kitab-kitab suci sebelumnya telah diubah dan diselewengkan.
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai
agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera
hitungan hisabNya.
Ali-Imran 19

Diharap dengan pendedahan artikel ini dapat membuka mata pembaca blog saya yang
bukan beragama Islam khusunya untuk mencari kebenaran hakiki. Saya di sini hanya
sebagai petunjuk jalan, pembuka minda dan selebihnya terpulang kepada anda untuk
menilainya dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada anda.
Petamanya saya ingin menjelaskan bahawa istilah Kristian tidak pernah disebut dan
diperkenalkan oleh Nabi Isa a.s. Ajaran semua rasul utusan Allah adalah untuk
menyembah Tuhan Yang Esa bukan untuk menyembah berhala, menyembah
individu, matahari, pokok, api dan sebagainya. Satu perkataan untuk agama
menyembah satu tuhan yang esa ialah Islam.

Nabi Musa a.s telah berkata kepada kaumnya dalam bahasa Hebrew, 'Shamma
israelu addena ilakhin, addena ikhad'. Yang bermaksud, 'Dengarlah wahai
bani Israel, tuhanmu hanyalah SATU'. Lebih kurang 1350 tahun kemudian Nabi
Isa a.s telah mengulangi kata-kata Nabi Musa a.s iaitu tuhan hanyalah satu.
Lebih kurang 600 tahun selepas itu, delegasi Kristian telah datang menemui Rasullulah
s.a.w di Madinah dan mereka telah mengadakan dialog selama 3 hari di Masjid An-
Nabawi dan salah seorang delegasi telah bertanya kepada Rasullulah, 'Apakah konsep
tuhan kamu?' Dan Rasulluah s.a.w telah menjawab, 'QulhuAllahu Ahad'. Tuhanku
ialah Allah Yang Maha Esa (Satu). Jelas di sini semua rasul utusan Allah membawa
ajaran menyembah ajaran Tuhan Yang Esa (Satu).
Katakanlah (wahai Muhammad): '(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak,
dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya'.
Al-Ikhlas 1-4

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat
menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri,
dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). Wahai Ahli Kitab! Mengapa
kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan
kebenaranNya? Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan
yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu
mengetahuinya? Al-Imran 69-71

Berbalik kepada topik asal artikel ini, iaitu Rahsia Vatican. Apa yang mahu saya
dedahkan di sini ialah berkaitan kaitan agama Kristian dan agama pagan. Anda juga
boleh membaca artikel saya sebelum ini tentang persamaan Jesus dan Horus. Ingin
saya tegaskan sekali lagi, agama Kristian sekarang bukanlah ajaran asal Nabi Isa a.s.
Masyarakat Babylon purba dan Rom menyembah matahari dan dewa-dewa pagan.
Sukar bagi masyarakat Rom untuk menerima ajaran asal Nabi Isa a.s yang dibawa oleh
Hawariyyun (12 Sahabat Nabi Isa a.s) dan mereka telah mengubah ajaran asal Nabi Isa
dengan mengubahsuai mengikut kehendak mereka sendiri dengan memasukkan unsurunsur
pagan di dalam agama Kristian bagi menyesuaikan dengan agama mereka.
Contoh yang paling nyata di sini ialah watak-watak dewa pagan telah diasimilasikan
dengan agama Kristian dan Hari Matahari (SUNday) dimuliakan. Kemanakah
penganut Kristian pada SUNday? Sudah tentulah ke gereja, pernahkah anda (penganut
Kristian) terfikir kenapa SUNday dijadikan hari mulia bagi agama anda? Contoh lain
paling mudah di sini, Poseidon telah dijadikan sebagai Santa Claus! Poseidon
atau Neptunus dalam bahasa Latin mengikut kepercayaan Rom kuno, ialah Dewa laut.
(Poseidon)




No comments:

Post a Comment