Monday, April 26, 2010


aku dan gitar aku

assalamualaikum..arini aku nk story psl gitar aku..yg kaler putih kuning tu merupakan gitar kesayangan aku..gitar tu aku dpt mse aku form 5 kat sekolah teknik ampangan,seremban..ade sorg cikgu bg kat aku..name dia cikgu nazri@jebat..peristiwa tu berlaku mse aku g bengkel PPU,sbelah dr bengkel elektronik,iaitu bengkel kelas aku..aku de nmpk sbjik gitar yg da berhabuk then aku tnye cikgu..

"cikgu.leh x sy amik satu tuning gitar ni cikgu?"...psl gitar sy pnye gitar tuning tu da ptah.."
"amik ar..." aku pun g la amik gtar putih tu then amik dia pnye satu tuning set...

"wei bob,apsal ko tgglkn tuning gitar tu?..amik jela terus gitar tu"..
aku mcm xcaye dgn ape yg aku dgr..tibe2 aku rase mcm salji nk trun kat kepala aku..hahaha..
gembiranye hati aku tuhan je tahu..aku pn tnye cikgu nazri utk kepastian..dia angguk je..hihi
dia ade pesan kat aku suh jge gitar tu elok2 sbb tu gitar pertame dia..smpai skrg aku still pegang janji dia...

aku terus angkut gitar tu ke dorm aku iaitu di asrama aku...hihi
smpai skrg aku still men gitar tu,still tido dgn gitar tu,bg aku gitar tula awek aku coz dia slalu bersama aku mse boring dan sunyi-gembira dan hepi..gitar ni msti ade utk teman aku..aku akan wariskan gitar aku ni kat anak aku..hihi...

gitar coklat tu plak gitar first aku..hihi..gitar coklat tu aku beli kat spupu aku dgn harge rm40..dgn gitar tu la aku blja men gitar..aku blaja gitar pn kat asrama..dgn membe2 aku.. smemangnye aku sgt obses dgn gitar gitar di dunia ni..hahaha

Saturday, April 24, 2010

SURAT BUAT SAHABATKU


Sedarlah sahabatku,
Bisikan syaitan bukannya satu,
Segenap ruang cuba dilalu,
Selagi akhir belum ketemu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Hidup ini bukan untuk individu,
Al-Quran tidak pernah berkata begitu,
Lagi syurga sentiasa menunggu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Jangan kerana ilmu engkau begitu,
Hanya Allah yang tahu,
Setiap manusia syukurnya perlu.

Sedarlah sahabatku,
Langkah syaitan ikutnya tidak perlu,
Yang mana satu tidak kita tahu,
Mohon ampunlah selalu.

Sedarlah sahabatku,
Ukhuwah itu amat perlu,
Buang hasad buang cemburu,
Islam ini majunya perlu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Bersama kita saling membantu,
Meredah onak duri dan liku,
Menuju jalan yang satu.

Terimalah suratku ini sahabatku,
ingin aku bersamamu seperti dahulu,
mencari redha Allah yang satu,
semoga dikurniakan selalu...
Amin...


Formula Kejayaan Seorang Muslim


" The art of living is more like wrestling than dancing..."

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

"Yes! Dapat keputusan cemerlang... 17A tu. berbaloi pun usaha aku selama ni."

Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.

Jarang sekali kita bersyukur...

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu 'datang dari Allah SWT'. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar 'berbatu-batu' jauhnya daripada diri mereka.

Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah


Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8; " ... Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT


Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah


Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu 'meminta'. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.

Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?

Maka ingin saya katakan di sini;

"La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma'ana"

Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi 'perangsang' kepada kebangkitan kita yang seterusnya.

Mungkin, Allah SWT menagguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimana kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur...

Saya pernah berhadapan dengan situasi kegagalan dalam peperiksaan. Menangis kesedihan, penuh dengan rasa kecewa. Tetapi, muhasabahlah yang menguatkan hati-hati kita. Kerana hati itu raja bagi sekelian diri.

Jika berjaya kamu bersyukur...

Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan langkah yang teripta dengan lebih tersusun...

Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita...

Penutup: Tuhan Tidak Lupakan Kita

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar...

Akhir kalam, sebelum saya menamatkan perkongsian saya kali ini, ingin saya katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.

Ya!

Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.

Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

Oh Allah Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah juga hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

Tips Hindari Sifat Takabbur


1. Merasakan diri lebih hina daripada orang tua kerana mereka hidup lebih lama dimuka bumi Allah ini dan sudah tentunya amal ibadatnya juga lebih banyak daripada kita.

2. Merasakan diri lebih kerdil daripada kanak-kanak kerana mereka masih suci bersih daripada dosa sedangkan kita sudah dicemari tompok-tompok noda dan dosa.

3. Merasakan diri lebih kecil dari orang alim kerana ilmu mereka terlalu banyak daripada kita.

4. Merasakn diri lebih keji daripada orang jahil kerana mereka melakukan dosa kerana kejahilannya sedangkan kita tahu tapi masih melakukan dosa.

5. Merasakan diri lebih jijik berbanding orang miskin kerana mereka tidak bersedekah kerana ketidakmampuannya tetapi kita tidak bersedekah walaupun mampu.

6. Merasakan diri lebih rugi daripada orang kaya kerana mereka sudah tentu mempunyai harta yang lebih banyak untuk bersedekah dan membuat amal kebaikan.

*Artikel asal dari Buku Kepimpinan Sekolah (reza_21)

Lautan


Tiga (3) perkara besar yang Allah SWT maksudkan mengenai lautan untuk kepentingan manusia.


Pertama: Allah SWT menganugerahkan hidupan laut terutama ikan yang dijadikan makanan untuk manusia. Nikmat makanan ini tidak akan putus selamanya dan mencukupi walaupun manusia tidak perlu menternak ikan di laut.

Kedua: Allah SWT menganugerahkan perhiasan dari dalam lautan di mana bukan semata-mata perhiasan batu mutiara yang diperolehi itu tetapi banyak lagi kepentingan dan manfaat lautan yang boleh dikeluarkan seperti bahan galian, minyak, logam, karang-karangan selain keindahan dalam lautan itu sendiri masih banyak belum diterokai. (Penulis pernah mengikuti trip scuba diving ke beberapa tempat terumbu dan pulau dalam negara. Keindahan di dalam laut dan kehidupannya sangat mengasyikkan).

Ketiga: Allah SWT menganugerahkan permukaan lautan itu sendiri sebagai jalan perhubungan dan perdagangan bagi kepentingan manusia. Kapal-kapal besar yang kulitnya diperbuat dari pelbagai bahan terutama besi atau keluli tidak pula tenggelam dan elok belayar menuju ke destinasinya.

Sesungguhnya, Allah SWT menciptakan lautan untuk manfaat manusia sebagai pembekal makanan, perhiasan dan jalan perhubungan sebagaimana lautan itu tunduk di bawah kuasa Tuhan Yang Maha Menguasai. Manusia juga perlu bersyukur atas limpahan kurnia ini dan wajib patuh dan tunduk menyembah Allah SWT Yang Maha Esa sepertimana ketundukan lautan ke atas perintah Tuhan RabbulAlamin.

Jodoh dan Kebahagiaan


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya,
apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

pencari jalanMU-Afgan


Telah banyak yang kulewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung selama nodai

Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasihMu

Reff:
Kuingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang tlah kuperbuat hingga kini

Kuingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala
Petunjuk jalanMu

Bersihkan..
Terangi hariku

Tiada yang ada selainMu
Yang selalu menjagaku
Meski kadang tinggalkanMu

Aku yang hanyalah manusia
Yang mencari jalanMu
Yang pasti kembali padaMu

Wednesday, April 21, 2010

Cinta


“Kadang-kadang aku tengok orang yang ‘kuat’ sikit dengan Islam ni, mesti nak consider pasal nikah ni benda yang pentingkan?”, kata seorang rakan saya sambil melihat preview filem Ketika Cinta Bertasbih.

Saya menguntum senyum.

Soal ini ada benarnya kerana antara kami berbeza latar belakang dan kesedaran saya juga agak berbeza tentang hal ini.

Lantas saya menjawab sekadar mampu.

Untuk menghuraikan soal cinta, ceritanya bagi umat Islam adalah menjurus kepada sebuah pernikahan. Namun untuk menguraikan erti cinta dan nikah, saya tidak mampu menghurainya dengan tepat lantaran begitu banyaknya pemahaman cinta yang telah diungkapkan. Bagi saya persoalan cinta dalam diri adalah jawapan bagi definisi cinta itu.

Justeru, lebih mudah untuk saya terangkan di sini, dalam dunia yang semakin meningkat dari segenap segi ini, ujian bagi seorang muslim juga bukan mudah khususnya para remaja kini. Papan tanda, produk, iklan, tv, internet, filem hampir keseluruhannya menjurus kepada erti cinta dan percintaan. Lantas bagaimana mahu mengelaknya?

Sebab itu, kalau bagi seorang muslim yang jiwanya mula terkesan dengan momentum cinta, mahu menyayangi dan ingin disayangi, tentu mencari jalan untuk mengerti definisi dirinya tentang cinta. Untuk menurut hati, ada yang terjerat dengan penafsiran yang silap, lantas menghinakan diri dengan percintaan yang salah. Yang mengerti, sudah tentu mengidamnya atas menginginkan keredaan-Nya dengan satu cara sahaja : nikah!

MENCARI CINTA ATAS LANDASAN ILAHI

Jauh jika dibandingkan dengan apa yang telah ditayangkan di media massa, anda telah melihat betapa mudahnya harga sekuntum cinta di petik dengan mudah. Kadang-kadang menjadi pelik cinta yang dijumpai itu bermula dengan bertemu di bar-bar kafe, bergaduh, tepi jalan, terlanggar malah ada juga cerita cinta yang bermula di hadapan tandas(cerita Melayu)!

Dengan plot-plot yang pelbagai ragam dan beraneka macam ini, anda akan melihatnya berakhir dengan satu unsur tipikal : mati, bercerai, atau happily ever after.

Berhenti di sana.

Happily ever after?

Mungkin. But not necessarily at hereafter!

Itu apa yang telah kita selami stereotipikal cinta dalam media. Tapi tahukah anda, ada satu cerita cinta yang lebih pelik, aneh, tetapi sangat menakjubkan?

Anda akan melihat beberapa orang yang hidupnya seolah-olah hidupnya tidak mahu bercinta. Jika bertemunya ia seolah-olah sombong, menundukkan pandangan, menjaga tutur bicaranya. Dia tidak mahu pertemuannya dengan yang bukan muhrim semudah-mudahnya. Adakah dia benar-benar tidak normal tidak mahukan cinta atau gila?

Mungkin ada yang berfikir sedemikian.

Syadid atau tegasnya seseorang itu pada pendiriannya sebenarnya adalah lebih dari cinta. Seseorang itu tidak akan mahu menjadi orang yang terpelihara andai bukan kerana cinta. Malah tidak juga ia ingin melakukan demikan melainkan kerana kesilapan dan kelalaian mungkin akan merosakkan cintanya.

Cinta itulah cinta yang mendalam terhadap Allah dan Rasulnya.

Masih tidak cukup!

Juga cinta terhadap seseorang selepas Allah dan Rasul, yang akan menjaganya jiwa dan raga, hidupnya dan masa depannya, tetapi dia masih tidak tahu siapakah gerangannya insan itu!

Lantas dia masih bersikap demikian untuk menjaga cintanya. Sebab itu jangan terperanjat andai saya menyatakan cinta yang seperti ini jauh lebih romantik dari Romeo & Juliet, lebih bahagia dari Cinderella, lebih senang dari orang yang mempunyai kekayaan seluruh harta bumi.

Kerana cintanya dipaksikan dengan landasan akhirat.

Belum ada lagi dunia menceritakan cinta seperti ini melainkan adanya pada orang-orang mukmin.

Pengorbanannya luar biasa, kesabarannya luar biasa, keindahannya luar biasa, sudah tentu nikmat-nikmat ini dia peroleh kerana CINTA ALLAH dan CINTA RASUL menjadi panduan utama.

Nah, masih mahu lagi menodai erti cintamu dengan valentine’s day?

Rasailah ketenteraman, kasih sayang, yang sangat besar buat isteri/suami yang akan hadir dari jenismu sendiri.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Surah Ar-Rum : 21)

Berusahalah mencari yang terbaik dengan menjadi dan memberi.

Pesanan cinta tulus buat diriku~

musim exam

Salam Imtihan Buat sahabat-sahabat sekalian....
Akhirnya musim peperiksaan MUET bagi semua tahun pengajian dah
hampir tiba, untuk tahun ni...
InsyaAllah semoga segala usaha sahabat-sahabat dipermudahkan oleh-Nya..Ameen..

sertakan dengan....
USAHA + DOA + TAWAKAL..\(^ _^)/

Semasa saya menulis artikel ini, saya masih lagi berbaki 3 hari utk exam yang bakal dihadapi.....
Shhhhhhhh.....

baik...skit je....JOM STUDY..!!!

Saturday, April 17, 2010

Pergi tak kembali..Al-Fatihah


assalamualaikum..erm,arini aku sgt sedih sbb cikgu aku yang paling aku syg,cikgu mastura, telah kehilangan suami yang tercinta,stelah bertarung nyawe slame seminggu kat hospital kajang..pagi2 lagi aku da dapat msj dari syafiq azwad tentang berite ni..aku sedih sgt,walaupun aku bkn la ade hubungan darah pun ngan kelurge dia,tp hubungan kami da mcam anak beranak..aku xtw nk wtpe bile aku dpt berite tu..aku kol bad ngan capik langsung xberangkat..akhirnye aku kol zam dan dia angkat tepon..actually aku kol sbb aku xtw rumah cikgu mastura kat mane n aku igt suami dia ade kat rumah dia..kol pnye kol,sorg pn xtw..akhirnye aku dpt msj dr cikgu hasrani psl berite yg same..aku xreply msj dia,aku terus kol dia nk tnye psl rumah cikgu mastura..n dia bgtw arwah suami dia still kat hospital..aku xckp byk terus bsiap dgn memakai suar sekola n bj trus g hospital naik moto..smpai je hospital,rmai da cikgu2 ade kat sane..aku masuk je wad tu,aku tgk cikgu mastura ade kat sisi suami dia..aku sebak bile nengok cikgu dlm keadaan begitu.mmg aku sedih sgt..aku sempat sedekahkan al.fatihah utk arwah suaminya..semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin.

happy birthday my frend..


hehe..selamat harijadi kawan2 ku...actually kiterog merancang utk wt suprise birthday kat mamat comel tu..kiterog pn sambut birthday kawan2 yg da lepas..kpd ashikin.fatin,safika..SWEET 19TEEN K!!

ketawa adalah ubat..



kentut
Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.


Makanan Itali
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.


Kurang Air
Dollah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan tempat tinggalnya untuk berjumpa doktor kerana badanya kurang sihat.
Selepas memeriksa Dollah, doktor memasuki bilik ubat dan kembali dengan membawa tiga jenis pil berwarna-warni.
Doktor berkata: "Awak makan pil berwarna hijau ini dengan segelas besar air pada waktu pagi, pil warna biru dengan segelas besar air pada waktu tengahari dan pil warna merah dengan segelas besar air pada waktu malam."
Dollah bertanya: " Sebenarnya apa penyakit saya doktor?"
Doktor menjawab: "Badan awak tak cukup air!"


Gosok Mata
Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."


Akui Diri
Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!"


what is life..


A famous philosopher once said,

"Life is too deep for words,
So don't try to describe it,
Just Live It."

I agree to his opinion. Life is not such a sort of word which can be described in alphabets. It needs volumes and volumes to explain Life. Many Philosophers, Scholars and Literary Personalities have tried their level best to define life. Some say life is like fire, some say it's like an ice-cream. A very famous Greek Philosopher Hericulates says,

"Life is the name of war,
This war makes a common man,
a King or a Slave."

Similarly, Carl Sandburg says,

"Life is like an onion:
You peel it off one layer at a time,
and sometimes you weep."

So, this was a brief glimpse to the views of some great people about life.

Now I would like to introduce you with my own opinion and idea about life.

Life is like a blend of different shades and colors. It has a lot of faces. We can't have a single opinion about it. If we look at it from one point of view or observe its face from one side, it appears to us very pleasant and enjoyable. But at the same time, its opposite side is very ugly and sad. I take these different shades of life similar to the four seasons of year i-e. Spring, Summer, Winter and Autumn and divide the life span of a person in four periods.

The Spring, which is a very life giving season, is actually the Childhood period of men's life. About spring someone has said,

"Spring unlocks the laughing
beauty of Nature."

The childhood of a person is very innocent, without any sort of worries and tensions and hence it is very bright and is, therefore, the Spring of Life.

The Summer, although with its blazing warmth and scorching heat still gives vigor and zeal to life. The teenage duration is also very adventurous and one uses all his abilities either in the right or wrong direction. In other words, it is very enthusiastic period of life.

Next one is Winter season which due to its coldness brings fadedness to one's life. The duration of life aging from 30's to the boundary of old age is a natural period in which the charms of life began to vanish. But still in this period of age, a little struggle and enthusiasm remains the companion of an individual.

Autumn season which is a symbol of gloominess and sadness is the representative of late old age of a person when he just passes his days of life like a flickering flame of candle which is on the mercy of blowing winds. All his emotions turn cold and silently wait for the closing of his chapter of life and thinks keenly on this point that

"Our lives are like a candle in the wind."

So, this was all which I have experienced yet about life. My opinion about life, either it is right or wrong, is very close to the reality which I have observed from my surroundings. It however changes with the mood of a person, if you are happy i-e. everything is going as per your plan then life seems to be a silky piece of fabric which folds the way you do but if it doesn't favor you then you feel autumn around you, your mood your likes/dislikes change accordingly.

I believe that if a person watches only his own way in life and avoids any overlap of fortune with others (which is very difficult) he will conquer his life and steer it any way he wants. Jealousy is the key that unlocks the negative competition instead race among fellows and suddenly spring changes to autumn. Childhood is spring because the factor of jealousy is not into play, a child doesn't know to be jealous.

Life is a word having meaning as wide as the depth of oceans and the grains of sand on the shores of seas. So, to say that this is the ultimate reality or meaning of life would be totally wrong. Paper can be ended and inks can be finished but the true meaning of life can never be defined.

As it is said,

"Life is a Mystery, not a problem to be solved."

aku dan kelas 6AB


bagi aku..kelas 6AB ni membawa kpd dunia yg lain..bkn dunia ghaib,tp dunia alam ria kanak2..haha..dsini aku nk share kn sikit sape rakyat 6AB..



aku jgk nk knl kan membe2 aku yg rapat ngan aku kt sekolah..


mamat yg nga post ngan aku ni nme dia badrul syah syafiq..dia ni membe baik aku yg aku rase cukup baik ngan aku..xkire aku susah dan senang,dia pasti ade ngan aku..nombo ic aku pn hmpir 98% same ngan si bad ni..hee



mamat ensem ni plak name dia zamri..aku pggl dia zam,merangkap kepala kedua aku..haha..aku ngan zam slalu bersama,xkire wt bende jahat atau baik..haha





wanita yg kat atas2 ni merupakan antara cikgu2 aku..







Monday, April 12, 2010

sedikit dugaan dari Allah..

arini aku xpegi skola..sbb aku rse sakit kt bahagian tuutt..kt bahagian blakang aku..mybe luka kt usus kot..so,aku pn pegi la klinik kt semenyih..dokter ckp aku kurang mkn sayur..kurang fiber..hehe..so dpt la 3jenis ubat..n dpt la m.c..mybe btul kot aku kurang mkn sayur..hehe..then,aku pn blk la ke umah..dlm perjalanan blk umah,tibe-tibe je kete waja aku tu buat hal..enjin kete aku mati tibe-tibe..mybe Allah nk uji aku kali ke 2 arini..aku pn berhenti kn kete tepi jalan,start pnye start xhidup gk enjin..aku bkak la hood dpan tu,konon2 nk cek la..hehe,pdhal xtw pape pn psl enjin2 ni..then aku decide la nk blk jalan kaki,sbb da tak jauh da dr umah aku..aku pn menapak la blk,jarak aku berjalan ade la dlm 1.5km..smpai umah,aku trus start enjin moto,g bengkel kt umah aku..tnye psl kete aku..mekanik tu kate dia xleh cek skrg coz dia kne jge workshop tu,kang klau dia cek kete ake sape plak nk jage workshop ni..hurm,aku pn kecewa thap 3..mybe Allah nk uji wt kali ke3 arini..so,aku decide nk g kt kete aku blk..then aku pn bwk la moto g kt kete aku kt tepi jalan td..smpai je kt kete,aku trus start enjin kete(kunci kete mmg aku ltak dlm poket aku)..dgn lafaz bismillah,aku trus start enjin kete..dgn izin Allah,enjin kete aku bole start blk..happy gile aku mse tu..aku parking moto aku kt tepi,trus aku blk umah naik kete..smpai je umah,aku ajak abg aku g amik moto td..hehe..so aku dpt la blk kete aku tnpa kuar sebarang modal..alhamdulillah :)

moral of the story..

'Allah sentiase membantu hambaNYA yg sedang kesusahan..dan setiap kesusahan yg kite alami tu,ade hikmah dsebaliknya..'
aku ni mmg rmai kwn malaysia ni..aku sgt berbangge krane sume org senang ngan aku..tp ade segelintir mreka yg xtw menghargai kawan dan hnye tw mengkritik rakan yg lain. ni yg menyebab kn hati aku bengkak..aku tw aku xsmpurna..aku sdar aku sape,but plez la..dun judge ur fren juz because he or she is not PERFECT like u..!! akuharap mreka yg "menerakakn" kelas aku..plez get lost,get out,dr pandangan aku..bole????



assalamualaikum..


assalamualaikum sumer..aku br je jd blogger..aritu aku ade wt blog..tp xjd..kpd korg yg terer blog2 ni..mintk tunjuk ajar ye..hihi

Kembang mekar di taman
Hiasan sanggul nak dara sunti
Salam perkenalan hamba ucapkan
Buat pelawat di ruang ini

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi taman
Selamat membaca hamba ucapkan
Hamba sekadar beri pandangan

Dayung perahu tuju haluan
Bawa bersama nasi bekalan
Salah dan silap harap maafkan
Jari sepuluh hamba hulurkan